Bahasa Arab Al-Quran | Perkataan دين

Isi Kandungan

Perkataan دين dalam al-Quran dibaca sama ada  دِين (din) dan دَيْن (dayn).

Jika dibaca دِين (din), maknanya sama ada agama, seperti:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ – آل عمران : ١٩

“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.”

Atau pembalasan, seperti :

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ – الفاتحة : ٤

“Tuhan yang memiliki hari pembalasan”.

Manakala jika dibaca دَيْن (dayn) pula maknanya ialah hutang. Contohnya :

مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ – النساء : ١٢

“Selepas dilaksanakan wasiat yg diwasiatkan atau hutang…”

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: