Kepada yang ingin tingkatkan penguasaan bahasa Arab, novel-novel dwibahasa seperi yang diiklankan oleh Syarikat Alasfiyaa Sdn. Bhd adalah amat dicadangkan.
MENGAPA NOVEL?
- Menerusi novel, kita akan terdedah dengan ayat-ayat penceritaan santai yang tidak mungkin dijumpai di dalam buku-buku ilmiah. (Inilah yang kita perlukan bila ingin bercakap)
- Sesiapa yang pernah membaca novel, ia tahu yang novel sarat dengan dialog. Dialog-dialognya pula bersifat bersahaja dan mencakupi segenap hal dalam kehidupan seharian (ini yang kita perlukan ketika ingin berkomunikasi).
MENGAPA NOVEL DWIBAHASA?
Novel dwibahasa seperti kamus konteks. Setiap perkataan diterjemah mengikut konteks. Selain kita dapat meningkatkan penguasaan dua bahasa, iaitu Arab dan Inggeris.
Pengalaman saya sendiri novel adalah jalan pintas untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Kalau tak minat novel (macam saya), kita hanya perlu tumpukan bagaimana bahasa itu diolah sahaja. Tumpu pada uslub dan vocab.