Februari 22, 2023
Berkenaan frasa لا غير dan ليس إلا
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Frasa لا غير dan ليس إلا ini bermaksud “hanya / tidak ada orang lain”. Misalnya, “Hanya Khalid sahaja yang datang”. Ayat ini boleh diterjemahkan sebagai :

جَاءَنِي خَالدٌ لَيْسَ إِلَّا / جَاءَنِي خَالِدٌ لَا غَيْرُ

.

“Hanya Khalid yang datang kepadaku, tiada orang lain”.

.

Jika di dalam ilmu Nahu, perkara ini dijelaskan dalam bab al-istithna’ (Arab : الاستثناء), iaitu pada bahagian pengguguran mustahna (Arab : حذف المستثتى). Sibawaih meletakkan perbahasan ini di bawah bab هذا باب ما يحذف المستثنى فيه استحقاقا.

.

Saya nukilkan di sini sebagai contoh keterangan al-Radhi di dalam kitabnya Syarh al-Radhi ‘ala al-Kafiyah (Arab : شرح الرضي على الكافية) 2/133. Kata beliau :

.

واعلم أن المستثنى قد يحذف من (الا) و (غير) الكائنين بعد (ليس) فقط، كما يحذف ما أضيف إليه (غير) الكائن بعد (لا)، تقول: جاءني زيد ليس إلا، وليس غير، بالضم، تشبيها لغير بالغايات حين حذف المضاف إليه، كما يجيئ في الظروف المبنية، و (غير) خبر ليس، أي: ليس الجائي غيره،

.

Kesimpulan kenyataan di atas ialah :

.

Lafaz mustathna (Arab : المستثنى) yang adat al-istithna’nya (Arab : أداة الاستثناء) adalah إلا atau غير boleh digugurkan dengan syarat kedudukannya adalah selepas ليس. Beliau memberikan tiga frasa yang menjadi teras dalam bab ini. Tiga frasa tersebut ialah :

.

Pertama : ليس إلا. Contoh yang diberikan ialah جاءني زيد ليس إلا. Asalnya ialah جاءني زيد ليس الجائي إلا هو.

.

.

Kedua : ليس غير. Contohnya جاءني زيد ليس غيرُ. Asalnya ialah جاءني زيد ليس الجائي غيرَه. Jadi lafaz غيرُ di situ adalah mabni (Arab : مبني) disebabkan oleh apa yang kita panggil sebagai المقطوع عن الإضافة لفظا لا معنى dan kedudukan i’rabnya adalah khabar ليس.

.

Ketiga : لا غير. Contohnya جاءني زيد لا غير. Dari sudut Nahunya ia sama seperli ليس tadi, keran لا di sini boleh dikategorikan sebagai لا العاملة عمل ليس.

.

TAMBAHAN : Maksud al-Radhi تشبيها لغير بالغايات adalah menyamakan غير dengan الظروف dari sudut غايات, yakni perlunya ia kepada mudhaf ilaih. Apabila mudhaf ilaihnya digugurkan maka ia pun dimabnikan. Perincian tentang perkara ini boleh dirujuk dalam bab القطع عن الإضافة لفظا لا معنى dan juga bab الظروف المبنية. Setelah merujuk bab ini terutamanya bab قط dan حيث kita akan memahami maksud تشبيه بالغايات dengan lebih mendalam. Asasnya ialah lafaz غير bukan zaraf tapi dalam kes mabni ini ia disamakan dengan zaraf.

Kongsikan Artikel Ini: