Mei 10, 2023
Beza antara (a) yang betul-betul menguasai sesuatu bahasa dan (b) yang ‘boleh sikit-sikit’
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Beza antara (a) yang betul-betul menguasai sesuatu bahasa dan (b) seseorang yang ‘boleh sikit-sikit’ ialah:

(a) dia akan menggunakan laras bahasa dan kalimah yang paling kerap diguna dan mudah.

(b) sentiasa mengintai dan menggunakan bahasa atau perkataan yang jarang didengari dan sukar.

Matlamat:

(a) menyalurkan maklumat kepada pendengar.

(b) memberithu pendengar yang dia boleh dab cekap.

P/S: Jangan ikut (b) ketika mempelajari sesuatu bahasa. Seperkara lagi, jangan jadikan nasihat ini sebagai peluntur semangat, tapi bergembiralah sebabnya pembelajaran bahasa tidak perlu lebihan tenaga untuk menjadi ‘PELIK’ dan lain dari org lain.

Kongsikan Artikel Ini: