Apa yang ingin saya kongsikan di sini mungkin berbeza dari seseorang ke seseorang yang lain. Tapi yang pasti inilah apa yang saya lakukan sepanjang saya pelajari bahasa Arab sehingga ke hari ini.
1. Mengenal pasti aturan-aturan asas tatabahasa Arab seperti aturan Kata Ganti Nama Diri, Muzakkar dan Muannath, Muthanna dan Jama’, Tasrif Fi’il berdasarkan dhamir, aturan masa dan aspek dalam bahasa Arab, kedudukan i’rab, tanda-tanda i’rab dan lain-lain. Semua ini harus dikuasai dengan sebaik mungkin di peringkat awal. Berhubung dengan buku, pilihlah buku yang sesuai. Kalau tanya saya, beli buku saya lah. Hihi.
2. Dapatkan bahan bacaan bahasa Arab seperti buku-buku cerita yang berbaris dsb. Buku cadangan, Kalilah wa Dimnah. InsyaAllah buku ini akan diterbitkan oleh Alasfiyaa dalam versi terjemahan yang dihasilkan oleh Ustazah Khadijah, Penterjemah BERNAMA.
Melalui bahan bacaan berbaris ini kita cuba sedaya upaya untuk mengingati setiap pelajaran yang diambil pada peringkat pertama tadi. Misalnya, bila kita terjumpa perkataan ุฑุฌูุงู, kita terus membuat persoalan mengapa ุฑุฌูุงู dan mengapa tidak ุฑุฌููู. Jika jawapan diperolehi ketika itu juga, bermakna maklumat kita sebelum ini sudahpun matang. Jika sebaliknya, kita jangan berlengah untuk rujuk semula. Begitu juga dengan hal-hal yang lain seperti mengapa dikatakan ูููุฐูููุจูู bukan ุชูุฐูููุจ, mengapa dikatakan ูุงู ูุณูุฉ bukan ูุงูุช ูุณูุฉ, mengapa dikatakan ูุงู ูุฐูุจย bukan ุฐูุจ, mengapa ุฃูููููุจ bukan ูููุงุจ, mengapa marfu’, bukan mansub dll.
3. Selain mengulangkaji aturan bahasa menerusi bahan bacaan kita cuba meningkatkan penguasaan bahasa semaksima yang boleh dari sudut perbendaharaan kata dalam kamus diri. Setiap perkataan harus diketahui makna dan cara ia digunakan dalam ayat. Kalau boleh hafal lagi bagus.
4. Apabila kita rasa sudah bersedia untuk membaca buku yang tidak berbaris kita mula tingkatkan pembacaan kita. Kita harus perbanyakkan bacaan bahan yang tidak berbaris. Saya cadangkan pada peringkat awal bacaan ini dibuat di hadapan seseorang yang dipercayai kebolehannya dalam bahasa Arab. Bila dah okey, kita boleh menarik lafaz lega dan pergi ke step seterusnya.
5. Kita masih lagi di peringkat pembacaan bahan berbahasa Arab cumanya disini kita cuba mempelbagaikan bahan bacaan tersebut. Kepelbagaian bahan bacaan akan memberikan kita keyakinan yang tinggi berhubung variasi perkataan yang mungkin di sini digunakan untuk sesuatu maksud sementara di sana pula digunakan untuk maksud yang lebih khusus. Contohnya perkataan ูู ุฑ apabila digabungkan dengan perkataan ุตูุงุนู ia bermaksud satelit, begitu juga ุถูุฉ ุบุฑุจูุฉ (tebing barat), ุฌูุงุญ (booth), dan lain-lain.
6. Peringkat kedua terakhir. Latih tubi binaan ayat. Dapatan sebelum ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin pada peringkat ini. Aturan tatabahasa, vocab, uslub, istilah-istilah khas, collocations mesti dipraktikkan di peringkat ini. Cari penutur jati dan minta tulisan kita disemak. Jangan syok sendiri.
Kalau anda ingin mencari jalan pintas, saya cadangkan buku saya Binaan Ayat Bahasa Arab. Bukan nak promote buku, tapi untuk tujuan kebaikan. Hehehe.
7. Peringkat terakhir adalah peringkat main-main. Peringkat ini sebenarnya boleh dimulakan pada hari pertama belajar bahasa Arab lagi iaitu peringkat menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan. Cakap sahaja jangan takut salah tapi kesalahan-kesalahan itu jangan dibiarkan basi di dalam badan, busuk nanti. Dari semasa ke semasa cuba perbetulkannya. Bila sampai di peringkat ini insyaAllah betul.
Ketika ini, tak salah jika kita berjinak-jinak dengan dialek-dialek Arab di negara-negara Arab. Saya cadangkan, dialek Mesir kerana penggunaannya begitu meluas dalam dunia Arab. Kalau kena caranya, ia tidak mengganggu apa yang kita belajar sebelum ini. Perkara ini agak penting kerana apabila kita berada di negara Arab, kita tidak akan berasa yang kita datang daripada planet Marikh, Zuhal atau Pluto. Apa-apa pun bahasa Arab Fusha adalah keutamaan dan nilai penutur bahasa Arab yang sebenar.