Dengar faham, tapi nak cakap macam dia cakap tak boleh. Jangan risau, ini masalah global.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah terus mendengar bahasa penutur jati, dapatkan bantuan seseorang untuk terangkan maksud dan hafal sekurang-kurangnya 20 ayat yang boleh digunakan dalam banyak keadaan. Lagi banyak lagi bagus. Hafal dan sebut berulang-ulang kali seorang diri dengan sebutan dan intonasi yang hampir sama dengan penutur jati tadi.
Hafalan pertama ini sangat penting. Ia ibarat denak atau burung pemikat untuk menarik banyak lagi kosa kata dan uslub. Kalau diri kosong, kosa kata atau uslub baharu sangat sukar untuk dicerap dan diingati.
Kaedah ini terpakai untuk semua bahasa. ๐