November 13, 2023
Fi`il & Kata Nafi
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Dalam bahasa Arab, terdapat sebilangan kecil fi`il yang hadir bersama-sama dengan kata nafi tapi kata nafi tersebut tidak diterjemahkan. Contohnya:

.لَمْ يَأْلُ جُهْدًا فِي مُسَاعَدَةِ صَدِيقِهِ

Dia berusaha keras membantu rakannya itu.

Walaupun fi`il يَأْلُو di situ hadir bersama-sama dengan kata nafi لَمْ tapi apabila diterjemahkan, kata nafi tersebut langsung tidak kelihatan. Terjemahan harafiyah fi`il tersebut ialah “Dia tidak kurangkan usahanya dalam membantu rakannya itu”. Contoh lain ialah:

.نَحْنُ لَا نَسْتَغْنِي عَنْكُمْ

Kami perlukan kamu.

.لَا أَكَادُ أُمَيِّزُهُ

Aku sukar membezakannya.

Kongsikan Artikel Ini: