1. Maknanya adalah keagungan, bukan “nenda”. Maksud ayat itu ialah :
“Dan bahawa sesungguhnya keagungan Tuhan kami itu jauh meninggi tidak tergapai ; Dia sesekali tidak beristeri dan tidak juga beranak.”
2. Kalimah ini juga terdapat dalam salah satu daripada doa iftitah yang berbunyi وَتَعالَى جَدُّكَ.
Maksudnya seperti yang tersebut di atas atau padanan lain seperti “Maha tinggi keagungan-Mu / Tertinggilah keagungan dan kebesaran-Mu.”
3. Makna “Tingginya keagungan Allah s.w.t” adalah tinggi sehingga mustahil untuk sekelian makhluk menggapai dan menjadi sekutu yang berkongsi kekuasaan mutlak dengan Allah s.w.t.
Maknanya maha suci Allah s.w.t pada zat dan sifat-Nya daripada sebarang sekutu dalam kekuasaan-Nya.