Info Bahasa | Makna perkataan Ramadhan

Isi Kandungan

Perkataan رَمضان berasal daripada perkataan رَمِضَ يَرْمَض yang bermaksud “terbakar”. Perkataan رَمْضَاء pula bermaksud “panas terik”.

Kemudian ia dijadikan sebagai nama bulan dengan penambahan alif dan nun, iaitu رَمَضان. Menurut para ulama, bulan ini dinamakan demikian kerana manusia mengalami kepedihan seakan-akan terbakar pada bulan tersebut akibat panasnya lapar dan beratnya kesukaran yang ditanggung atau kerana dosa-dosa dibakar dan dihapuskan dalam bulan ini atau kerana bulan ini pada asalnya jatuh pada musim panas di negara Arab ketika itu.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: