1. Sebelum lihat apakah I’rab kalimah جِدًّا, kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa جِدًّا adalah masdar kepada fi’il جَدَّ يَجِدُّ yang bermaksud “sungguh / betul-betul”, iaitu kata lawan kepada fi’il هَزِلَ / مَزَحَ (main-main).
Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara I’rab kalimah جِدًّا dalam ayat seperti هُوَ بَعِيدٌ جِدًّا (𝐈𝐚 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐮𝐡).
Namun terlebih dahulu saya ingin ingatkan bahawa perbahasan ini adalah perbahasan Nahu. Jika tujuan anda hanya menguasai bahasa Arab maka apa yang akan saya kongsikan di bawah tidak begitu penting untuk diketahui.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 : Kalimah جِدًّا adalah na’at kepada masdar yang digugurkan. Jika tidak digugurkan ayatnya akan berbunyi, هو بَعِيدٌ بُعْدًا جِدًّا. Lafaz i’rab dalam bahasa Arabnya berbunyi:
جِدَّا : نَعْتٌ لمصدَرٍ محذوف تقديره بَعِيد بُعْدًا جِدًّا
Persoalan yang mungkin timbul adalah bolehkah masdar menjadi na’at? Jawapan: Ya, boleh dengan syarat-syarat yang saya tidak berhasrat untuk perincikannya di sini. Cukuplah bait Ibn Malik yang berbunyi:
وَنَعَتُوا بِمَصْدَرٍ كَثِيرًا # فَالْتَزَمُوا الإِفْرَادَ وَالتَّذْكِيرَا
“𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘢𝘣 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘥𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘯𝘢’𝘢𝘵. 𝘒𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘥𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘯𝘢’𝘢𝘵, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘶𝘧𝘳𝘢𝘥 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘻𝘢𝘬𝘬𝘢𝘳.”
Keadaan ini sama seperti perkataan حَقًّا dalam ayat أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا [al-Nisa’ : 151]. Perkataan حَقًّا di dalam ayat itu antara I’rabnya adalah نَعْت لمصدر محذوف تقديره كفرًا حَقُّا.
Perkataan حَقًّا sama seperti perkataan جِدًّا kerana ia adalah masdar kepada حَقَّ يَحِقُّ. Ini dipanggil حَمْلُ النَّظِير عَلى النَّظِير.
Terjemahan literal untuk بعيد جِدًّا berdasarkan i’rab pertama ialah “𝘑𝘢𝘶𝘩, 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭-𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭 𝘫𝘢𝘶𝘩”.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 : Dii’rab sebagai حَال. Cara I’rabnya adalah seperti berikut:
جِدًّا : مصدر مؤَوَّل بالمُشْتَقِّ، حال من ضَمِير الخَبَر، تقديره : هو بعيدٌ حال كونِهِ جَادًّا في بُعْدِهِ
Masdar boleh menjadi hal dengan syarat tertentu. Kata Ibn Malik:
وَمَصْدَرٌ مُنَكَّرٌ حَالاً يَقَعْ # بِكَثْرَةٍ كَبَغْتَةً زَيْدٌ طَلَعْ
“𝘔𝘢𝘴𝘥𝘢𝘳 𝘯𝘢𝘬𝘪𝘳𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘱 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘩𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 بَغْتَدً زيدٌ طَلَع”.
Firman Allah swt:
يَأْتِينَكَ سَعْيًا – البقرة : 260
“𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘦𝘨𝘢𝘴-𝘨𝘦𝘨𝘢𝘴”.
Perkataan سَعْيًا dalam ayat di atas antara I’rabnya adalah hal. Hal yang datang dalam bentuk masdar.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 : Di’rab sebagai مفعول مطلق kepada fi’il yang digugurkan. Ayat asalnya adalah:
هو بعيد، وأَجِدُّ جِدًا في كلامي هَذَا
Terjemahan literal untuk I’rab seperti ini adalah “𝘐𝘢 𝘫𝘢𝘶𝘩. 𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘶𝘴 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘢𝘵𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪”.
2. Itulah paling ringkas saya boleh simpulkan berkenaan I’rab جِدًّا dalam hantaran ini. Namun saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa jika matlamat anda hanya menguasai bahasa Arab, bukan Nahu, bukanlah penting untuk anda tahu semua ini. Cukup dengan mengetahui bahawa هو بعيد جدا bermaksud “𝐈𝐚 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐣𝐚𝐮𝐡.”