Mac 22, 2023
Info Nahu | Adakah ayat مِنْ يومَ خلقتَ الدنيا dalam gambar di bawah salah?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

JAWAPAN :

1. Ayat tersebut BETUL. Ini berasaskan kaedah bahawa apabila zorof mutasarrif diidhofatkan kepada jumlah fi’liyyah yang menggunakan fi’il mabni, maka zorof itu dimabnikan atas baris fathah. Contohnya kata penyair :

على حينَ عاتَبْتُ المَشِيبَ على الصبا # وَقُلتُ أَلَمَّا أَصْحُ والشيب وازعُ

2. Dilihat di sini zorof حين adalah mudhof dan mudhof ilaihnya adalah jumlah fi’liyyah yang menggunakan fiil mabni, iaitu عاتبتُ (fi’il madhi). Maka disebabkan kaedah di atas, zorof حين dimabnikan atas baris fathah. Sebab itu ia tidak terkesan dengan huruf jar على sebelumnya. Kata Ibn Malik :

وَابْنِ أَوِ اعْرِبْ مَا كَإذْ قَدْ أُجْرِيَا # وَاخْتَرْ بِنَا مَتْلُوِّ فِعْلٍ بُنِيَا

“Mabni atau mu’rabkan zorof yang kehadirannya dalam ayat seperti إذْ, (yakni mudhof ilaihnya adalah jumlah). Dan pilihlah mabni untuk zorof mutasarrif yang berada selepas fiil mabni (yakni madhi atau fiil mudhori’ yang berhubung dengan nun inas atau nun taukid).”

3. Misalnya يوم. Ia adalah zorof mutasarrif, yakni zorof yang adakalanya hadir sebagai zorof dan adakalanya tidak. Kata ibn Malik :

وَمَا يُرَى ظَرْفًا وغَيْرَ ظَرْفِ # فَذَاكَ ذُو تَصَرُّفٍ فِي العُرفِ

Jika zorof mutasarrif ini mudhof ilaihnya adalah jumlah yang bermula dengan fi’il mabni, maka zorof يَوم tersebut boleh dimabni dan dimu’rabkan. Pilihan Ibn Malik adalah mabnikannya.

4. Oleh yang demikian, ayat مِنْ يومَ خلقتَ الدنيا dalam gambar di bawah selari dengan pilihan Ibn Malik tersebut.

5. Jika selepasnya adalah fi’il mu’rab atau jumlah ismiyyah, maka zorof-zorof mutasarrifah seperti يوم ini dimu’rabkan. Kata Ibn Malik :

وَقَبْلَ فِعْلٍ مُعْرَبٍ أو مبتدا # أَعْرِبْ وَمَنْ بَنَى فَلَنْ يُفَنَّدَا

“Dan (jika zorof mutasarrib) berada sebelum fi’il mu’rab atau mubtada’ (jumlah ismiyyah) maka mu’rabkanlah ia. Dan siapa yang memabnikannya, maka janganlah dipersalahkan.”

6. Kesimpulannya jika zorof mutasarrif diidhofatkan kepada jumlah fi’liyyah yang menggunakan fi’il mabni, maka seeloknya ia dimabnikan dan harus juga sebaliknya. Jika diidhofatkan kepada jumlah fi’liyyah yang menggunakan fi’il mu’rab atau kepada jumlah ismiyyah, maka ia dimu’rabkan.

Kongsikan Artikel Ini: