1. Jika huruf selepasnya (فاء الفعل) adalah salah satu daripada dua belas huruf berikut, maka orang Arab kadang-kadang melakukan tiga perkara berikut:
– Mematikan ta’ wazan تَفَعَّلَ atau تَفَاعَلَ itu;
– Kemudian idghankannya ke dalam huruf selepasnya;
– Kemudian datangkan hamzah wasal. Hamzah ini dipanggil همزة وصل غير قياسية.
Contohnya تَطَيَّرَ akan menjadi اِطَّيَّرَ.
2. Dua belas huruf tadi ialah:
التاء : تَتَرَّسَ = اِتَّرَّسَ
الطاء : تَطَيَّرَ = اِطَّيَّرَ
الدال : تَدَارَأتُم = اِدَّارَأْتُمْ
الظاء : تظالَمُوا = اِظَّالَمُوا
الذال : تَذَاكَرُوا = اِذَّاكَرُوا
الثاء : تَثَاقَلْتُم = اِثَّاقَلْتُمْ
الصاد : تَصَابَرْتُم = اِصَّابَرْتُمْ
الزاي : تَزَيَّنَ = اِزَّيَّنَ
السين : تَسَمَّعَ = اِسَّمَّعَ / تَسَاقَطَ = اسَّاقَطَ
الضاد : تَضَارَبَ = اِضَّارَبُوا
الشين : تَشَاجَرُوا = اِشَّاجَرُوا
الجيم : تَجَاءَرُوا = اِجَّاءَرُوا
3. Idgham seperti ini berlaku pada fi’il madhi, mudhori’, amar, isim fail dan isim maful.
4. Jika anda lihat kalimah-kalimah seperti ini tidak kira sama ada ia fiil madhi, mudhori’, isim fail atau lain-lain yang disebut dalam perkara 3 di atas, tahulah bahawa ia adalah dari wazan تَفَعَّلَ atau تَفَاعَلَ. Contohnya مُدَّكِر asalnya adalah مُتَذَكِّر.
Jom belajar semua ini di www.aljahiz.my/kba/