Jamak Taksir Wazan فُعُل

Isi Kandungan

Nota Sorof | Biasanya jamak taksir wazan فُعُل adalah jamak kepada sifah wazan فَعُول dengan syarat:

  1. Sifah فَعُول itu mesti membawa makna فَاعِل
  2. Sifah فَعُول itu digunakan untuk muzakkar dan juga muannath. Contohnya:

رَجُلٌ حَسُودٌ / امْرَأةٌ حَسُودٌ

Sifah wazan حَسُود digunakan untuk رجُل dan امرأَة tanpa perlu diubah. Lafaz untuk muzakkar dan muannathnya adalah sama.

Jika begitu keadaannya, maka jamaknya adalah فُعُل. Contohnya:

  حَسُود ج حُسُد  (seorang pendengki)

شَكُور ج شُكُر (seorang yang sangat berterima kasih)

صَبُور ج صُبُر (seorang yang sangat penyabar)

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: