Untuk menekuni sesuatu bidang ilmu anda perlu kental, sabar dan sentiasa bersemangat.
Antara kesabaran yang diperlukan adalah sabar untuk tidak melangkau topik atau perbahasan. Ikuti tajuk-tajuk dalam bidang berkenaan satu persatu dengan sabar. Jangan sesekali langkau atas apa alasan sekalipun.
Jika tidak, anda tidak mungkin menguasai bidang itu. Tajuk atau bahagian yang susah adalah batu besar yang perlu dirempuh dan dipecahkan, bukan dielak.
Mula dengan membaca kitab kecil bersama guru kemudian terokai sendiri menerusi kitab-kitab besar yang menghuraikan kitab kecil tadi. Kitab kecil untuk guru mengajar dan kitab besar untuk telaah sendiri. Jangan langkau di kedua-dua kitab kecil dan besar ini. Jangan gopoh dan jangan langkau.
Sahabat! Kalaulah “jangan langkau” ini titisan hujan, sudah lama bumi ini tenggelam. Maksudnya nasihat “jangan langkau” ini adalah nasihat yang sentiasa dituturkan oleh para ulamak sepanjang zaman. Orang kedah kata, “dah berbuih mulut duk nasihat”. 😁
Bagi yang tujuannya bukan menjadi ahli dalam sesuatu bidang, tidak perlu ikut apa yang saya kata di atas. Belajar santai-santai sahaja dan nikmati setiap proses. Jangan putus ada sahaja.
 
				 
															