April 29, 2025
Jerat Syaitan di Awal Perjalanan Ilmu
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Antara liku awal yang ditempuh penuntut ilmu ialah keterujaan yang meluap dan keghairahan yang membara. Jika tidak dipandu dengan hikmah, ia akan menjerumuskan dirinya ke dalam sangkaan bahawa dia telah menjadi salah seorang pakar, padahal baru sahaja meniti helaian pertama.

Lalu dia mula menasihati, bahkan memperolok rakan-rakan sebayanya, dengan lagak seorang alim yang agung. Sedang hakikatnya, dia baru sahaja memetik setitis dari lautan yang luas.

Waspadalah, sahabat-sahabatku. Itu adalah jerat halus dari syaitan. Kekallah merendah diri, walau setinggi mana pun darjat ilmu yang Allah anugerahkan kepadamu.

Kongsikan Artikel Ini: