KEMBALI KEPADA TURATH

Isi Kandungan

Nasihat saya kepada diri sendiri dan juga para penuntut ilmu ialah agar kita sama-sama memperkukuhkan semangat dan tekad untuk menekuni kitab-kitab turath, di samping terus membaca dan memanfaatkan karya-karya moden yang ada pada hari ini. Kembali kepada turath bermaksud kembali membaca kitab-kitab yang disebut matan, syarah dan hasyiah. Setiap bidang ilmu ada matannya, ada syarahnya dan ada hasyiahnya. Di sinilah asas sesuatu ilmu dibina, istilah-istilah dicipta dan kerangka pemikiran dibentuk.

Langkah pertama ialah kenal dulu nama-nama kitab dan pengarangnya, kemudian cuba membacanya secara berperingkat. Kalau sukar nak faham, carilah guru untuk membimbing, sama ada secara bersemuka atau melalui platform yang ada pada hari ini.

Penuntut ilmu perlu menggabungkan bacaan turath dengan karya-karya kontemporari. Turath memberi asas dan kedalaman, manakala karya moden membantu memperluas kefahaman dalam konteks semasa. Dengan cara ini, penuntut ilmu dapat membina kefahaman yang kukuh, seimbang dan menyeluruh.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: