Kenapa Saya Menulis Buku?

Isi Kandungan

Kalau orang tanya kenapa saya menulis buku, jawapannya sebab saya suka berkongsi. Apa yang saya dapat daripada pembacaan, rujukan atau pengalaman menghadapi dan menyelesaikan masalah, saya simpan, analisa, buat pertimbangan apa yg patut dikongsikan serta adakah ia diperlukan dan kemudiannya olah jadi tulisan.

Hampir semua buku yg saya tulis adalah tentang bahasa Arab. Apa yang saya tulis tu sebenarnya datang daripada masalah yang saya sendiri pernah hadapi sebagai seorang yg mempelajari bahasa Arab dari kosong dan di Malaysia, bukan di tanah Arab. Cumanya saya tak lah ceritakan masalah itu. Saya terus bagi jawapan. Kadang-kadang ada juga saya mengkritik, tapi tanpa sebut siapa atau pihak mana. Saya pilih untuk terus berikan solusi. Orang akan sedar dengan sendiri.

Ketika menulis, saya fikir macam mana nak buat pembaca faham apa yang saya nak sampaikan. Saya tak suka berbelit-belit. Hatta tajuk buku pun saya selalunya memilih tajuk yg merujuk secara langsung kepada isi yang ada di dalamnya.

Mungkin ada yang rasa pelik bila pertama kali baca buku saya, terutama kalau dia dah lama belajar bahasa Arab. Cara saya susun, pilih istilah dan terangkan sesuatu topik mungkin tak sama macam yang biasa dia jumpa. Tapi itu memang disengajakan. Saya ubah gaya supaya lebih mesra dengan cara berfikir orang Melayu, tanpa lari daripada isi tatabahasa Arab yang sebenar.

Matlamat saya satu sahaja, iaitu supaya orang yang nak belajar bahasa Arab boleh ikut langkah demi langkah dan rasa seronok setiap kali membuka halaman baru.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: