CERITA MASALAH & KESUKARAN
Selepas hampir 10 tahun mempelajari bahasa Arab (ketika ini berusia 28 tahun), meletakkan baris, memahami dan meng`irab bukan lagi menjadi satu kesukaran. Maksudnya, apabila berhadapan dengan tulisan Arab yang tidak berbaris, saya boleh membacanya dengan betul, boleh faham dan siap boleh iโrab lagi.
Namun, apabila ingin menulis, ketika itulah saya menyedari kemampuan sebenar saya. Kemampuan saya dalam berbahasa Arab sebenarnya sangat lemah. Boleh menulis, tetapi lebih teruk daripada kanak-kanak darjah satu penutur jati Arab.
Nampak macam betul, tetapi apabila disemak oleh penutur jati Arab, salahnya sembilan, betulnya satu. Saya hanya menulis perkataan Arab, bukan membina ayat bahasa Arab. Ayat yang saya tulis tidak menepati langsung kehendak aturan bahasa Arab. Semuanya berterabur dan serba tidak kena.
Apa yang betul hanyalah mengaplikasikan aturan iโrab. Misalnya, apabila menggunakan partikel nafi ููู ู, maka fiโil selepasnya saya akan tulis ููุฐูููุจููุง tanpa huruf nun. Bila menggunakan partikel ุฅูููู, perkataan selepasnya saya tulis ุงูู ูุณูููู ูู, bukan ุงูู ูุณูููู ููู.
Dari segi iโrab, semuanya betul. Tapi saya tidak sedar bahawa kesilapan yang saya lakukan lebih besar daripada itu, iaitu menggunakan ููู ู dan ุฅูููู pada tempat yang salah sehingga menyebabkan โmaksudโ entah ke mana, โayatโ entah ke mana.
Saya tahu ada dua jenis ayat dalam bahasa Arab, ismiyyah dan fiโliyyah. Tapi apabila membuat ayat, saya tidak dapat membezakan sama ada perlu menggunakan ayat ismiyyah atau ayat fiโliyyah. Semuanya main hentam sahaja.
Fiโil. Saya tahu ada fiโil madhi, mudhoriโ dan amr. Tapi ketika membina ayat, saya sering keliru sama ada menggunakan madhi atau mudhoriโ. Hilang pedoman, akhirnya main letak sahaja. Ayat mudah seperti โSaya pergi ke sekolah kelmarinโ tahulah, guna fiโil madhi. Tapi bila ayat seperti โAllahyarham P. Ramlee suka makan nasi ayamโ, waktu itu kelam-kabut. Nak guna ุฃูุญูุจูู atau ููุญูุจูู atau ููุงูู ููุญูุจูู?
Saya tidak tahu bagaimana menggunakan ููุงูู dan ููุฏู secara terperinci, sedangkan saya lihat ia sangat kerap digunakan dalam penulisan Arab. Apa yang saya tahu, ูุงู ialah fiโil naqis nasikh, isimnya marfuโ, khabarnya mansub. Partikel ููุฏู pula sama ada bermaksud tahqiq, taqrib, taqlil atau takthir. Sikit-sikit iโrab.
Mafโul mutlaq, hal, tamyiz dan sebagainya. Apa yang saya tahu semuanya mansub dan semuanya isim nakirah. Saya tidak tahu pula bahawa mafโul mutlaq juga digunakan untuk membuat bandingan setara seperti:
ูููููู ุงูุฑููุฌููู ููููููู ุงูุจูุทููู
(Lelaki itu berdiri laksana pahlawan).
Saya tidak tahu bahawa hal juga berfungsi menegaskan, seperti:
ุฌูุงุกู ุงูุฑููุฌููู ููุญูุฏููู (Lelaki itu datang seorang diri)
ุฑูุฃูููุชููู ุจูุนูููููููู (Saya melihatnya dengan mata saya sendiri). Mana ada orang melihat dengan telinga.๐
CUBA BUAT SESUATU
Bila begitu keadaannya, maka saya perlu fikirkan sesuatu. Saya tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada buku-buku Nahu yang sedia ada. Saya perlu belajar seperti mana orang Arab belajar. Selain buku Nahu, mereka belajar bahasa Arab daripada persekitaran mereka. Mereka belajar daripada bahan bacaan dan sebagainya.
Pemain gitar tidak belajar dari deruan air, penyanyi tidak belajar dari kicauan burung dan pelukis tidak belajar melukis dengan melihat alam sekitar. Sebaliknya, pemain gitar belajar dari pemain gitar, penyanyi dari penyanyi, pelukis dari pelukis.
Saya mula membaca tulisan Arab sekerap dan sebanyak mungkin. Mula membuat catatan. Bila sudah terkumpul dan dapat memanfaatkan diri sendiri, ketika itu timbul hasrat untuk berkongsi dengan orang lain.
MULA MENULIS
Pada awalnya, saya membuat pengagihan bab dan memikirkan bagaimana hendak menyusunnya supaya sesuai dengan orang Melayu. Kemudian saya mula menulis dan perkara yang paling saya tekankan ialah contoh. Banyak contoh disediakan dan daripada situ pembaca dapat memperkayakan perbendaharaan katanya.
Contoh pula bersifat boleh digunakan dalam percakapan atau penulisan semasa. Saya percaya buku tatabahasa yang paling sesuai dan berkesan untuk bukan penutur jati sesuatu bahasa ialah buku yang sarat dengan contoh yang bersifat aplikatif dan kaya dengan mufradat.
Mufradat pula mesti terdiri daripada yang paling kerap digunakan.
MATLAMAT
Dalam menyusun buku ini, saya cuba untuk tidak terikat dengan mana-mana penulis atau berada di bawah pengaruh mana-mana tokoh, sama ada dari sudut pengistilahan, penakrifan, penyusunan bab, gaya persembahan ataupun contoh.
Matlamat saya hanya satu, iaitu menyediakan panduan membina ayat bahasa Arab yang sesuai untuk orang Melayu.
HARAPAN
Buku ini diharap dapat membimbing pembaca untuk menjadi pelajar bahasa Arab yang bersifat realistik, berpijak di bumi nyata dan tidak ketinggalan daripada arus perkembangan bahasa Arab semasa, selain menjadi individu yang benar-benar boleh berbahasa Arab.
Maksudnya, seorang yang mahir tentang susun atur perkataan dalam struktur ayat, fungsi serta hubungannya antara satu sama lain, dan seterusnya menjadikan kemahiran ini sebati dalam diri, menjadi darah daging.