Februari 19, 2023
Macam mana nak I’rab angka-angka belasan seperti أَحَدَ عَشَرَ dalam ayat seperti جَاءَ أَحَدَ عَشَرَ طَالِبًا?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Semua angka belasan kecuali اثْنَا عَشَرَ berikut :

جاءَ أَحَدَ عَشَرَ طالبًا

أَحَدَ عَشَرَ : اسْم مَبْنِيٌّ عَلَى فَتْحِ الجُزْئَيْنِ في محَلِّ رَفْعٍ فَاعل / عَدَدٌ مُرَكَّبٌ مبني ….

“Isim yang kedua-dua bahagian gabungannya statik dengan baris fathah, berada di tempat marfu’ sebagai fa’il.”

Kiaslah dengan semua angka belasan yang lain kecuali اثْنَا عَشَر atau اثْنَتَا عَشْرَةَ. Angka-angka yang dimaksudkan ialah :

أَحَدَ عَشَرَ، ثَلَاثَةَ عَشَرَ، أَرْبَعَةَ عَشَرَ، خَمْسَةَ عَشَرَ، سِتَّةَ عَشَرَ، سَبْعَ عَشَرَ، ثَمَانِيَةَ عَشَرَ، تِسْعَةَ عَشَرَ

2. Berhubung dengan اثْنَا عَشَرَ atau اثْنَتا عَشْرَةَ, cara I’rabnya ialah :

جاءَ اثْنَا عَشَرَ رَجُلًا

اثْنَا عَشَرَ : فاعل مرفوع بالألِفِ في جُزْئِهِ الأَوَّل لأنَّهُ مُلْحَق بالمُثَنَّى، مَبْنِيٌّ على الفَتْحِ في جُزْئِهِ الثَّانِي.

“Fa’il marfu’ dengan alif pada bahagian pertamanya kerana ia adalah mulhaq Muthanna dan mabni atas baris fathah pada bahagian keduanya.”

ATAU

اثنا عشَرَ : (اثْنَا) فاعِل مرفوع بالألف لأنه ملْحَق بِالمثنَّى. (عَشَرَ) بَدَل نُونِ المُثَنَّى، مبْنِيٌّ على الفَتْحِ، لا محلَّ لهُ من الإعراب.

“Kalimah اثْنَا adalaf fa’il, marfu’ dengan alif kerana ia adalah mulhaq bil Muthanna. Kalimah عَشَرَ pula adalah pengganti nun Muthanna yang digugurkan (asalnya اثْنَانِ), mabni atas baris fathah dan tidak mempunyai apa-apa kedudukan i’rab.”

Kita juga boleh ungkapkannya sebagai :

اثنا عَشَرَ : مبنيٌّ على الفتْح، لا محلَّ له من الإعراب لأنه بَدَل نونِ المُثَنَّى

3. Berhubung dengan إِحْدَى عَشْرَةَ pula, cara I’rab إِحْدَى itu adalah :

جاءتْ إِحْدَى عَشَرْةَ طَالِبَةً

إِحْدَى : مبني على فتحٍ مُقَدَّرٍ، منعَ من ظهُورِهَا التَّعَذُّرُ

4. Berhubung dengan nombor ordinal, iaitu الحادِي عَشَرَ, الثَّانِي عَشَرَ, الثَّالِثَ عَشَرَ, الثَّالِثَةَ عَشْرَةَ dan sebagainya, cara i’rabnya sama sahaja termasuk angka 12, iaitu mabni.

Berkait dengan nombor ordinal ini, ia tertakluk kepada khilaf dalam kalangan ulamak Nahu sama ada statusnya mabni atau mu’rab. Perbahasan ini dapat dirujuk pada bait Alfiyah Ibn Malik :

أو فاعلًا بِحَالَتَيْهِ أَضِفِ # إلى مرَكَّبٍ بما تَنْوِي يَفِي

وشَاع الاستِغْنَا بِحادِي عَشَرَ # ونحوِهِ وقبْلَ عِشرِينَ اذْكُرَا

[Saya tidak berhasrat untuk perincikan perkara 4 ini.]

5. Sebab apa angka belasan ini mabni? Jawapannya saya akan kongsikan dalam perkongsian yang lain, InsyaAllah.

Kongsikan Artikel Ini: