Buat sahabat-sahabatku yang sedang ‘tertekan / tertanya’ macam mana nak mahir bahasa Arab
Mula-mula tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jangan tak lepas pula.
Kedua, fikir balik apa yang telah dibuat dan adakah ia dilakukan dengan konsisten.
Ketiga, tentukan sasaran. Apa yang disasarkan? Nak faham teks Arab sahaja atau nak menguasai bahasa Arab macam native speaker? Kalau sasarannya adalah yang kedua, maka anda akan dapat semua. Macam beli kopi 10 dalam 1. Boleh faham, boleh cakap, boleh membaca dan menulis.
Untuk capai sasaran yg ke-2 itu, anda kena lakukan perkara-perkara di bawah:
1. Ambil tahu sedikit sebanyak tentang tatabahasa Arab. Mula dengan:
– Hafal dhamir (kata ganti nama diri)
– Tasrif fi’il (konjugasi kata kerja : fi’il madhi & fi’il mudhari’) apabila dihubungkan dengan dhamir. Zahaba zahabaa zahabu tu. Tumpu pada fi’il thulasi mazid sahaja. Tulis di google تصريف الأفعال.
– Kegunaan alif lam termasuk fungsi isim nakirah. Saya nasihatkan rujuk buku saya “Kata & Frasa bahasa Arab”.
Fi’il dan perujukan masa (lihat buku saya “Binaan Ayat Bahasa Arab”).
– Fahami fungsi masdar dan pembentukan masdar, khususnya yang qiyasi, iaitu thulathi mazid. Yang thulathi mujarrad sila rujuk kamus.
– musytaqqat al-asma’ (isim fa’il, isim maf’ul, sifah musyabbahah (rujuk kamus).
– Muthanna, jamak muzakkar salim, jamak muannath salim, jamak taksir (lihat kamus).
– Hafal tempat-tempat yang melibatkan hukum i’rab, tanda-tanda i’rab. Tak usah nak jadi macam Sibawaih lah. Kuasai yang di atas dulu.
2. Kumpul sebanyak mungkin ayat-ayat contoh dari mana-mana tulisan berbahasa Arab. Ambil satu cerpen yang ditulis oleh orang Arab misalnya atau baca novel.
Ya baca novel. Tak payah feeling2 dengan novel tu. Tumpu pada dialog sahaja. Tak habis pun tak apa.
3. Libatkan diri dengan bahasa Arab secara konsisten. Baca ayat bahasa Arab sehari satu dua ayat cukup. Tapi yang penting cuba ingat ayat itu dan kenal pasti struktur serta perkataan yang digunakan. Jangan baca faham saja.
4. Dari semasa ke semasa cuba tulis ayat bahasa Arab dengan meniru ayat-ayat contoh tadi dan minta seseorang yang benar-benar mahir atau orang Arab semak. Bergembiralah kalau ada bahagian yang dia perbetulkan, jangan harap pujian.
5. Dalam masa itu cuba baca mana-mana buku Nahu Arab. Cuba faham, kalau tak faham tanya. Jangan tanya sebelum baca, itu meletihkan orang lain.
6. Cuba memahami perkataan dengan terperinci, maksudnya bilakah ia digunakan dan bagaimana. Satu lagi cuba kenal pasti perkataan sama ada ia kerap digunakan atau jarang. Guna macam mana orang Arab guna. Jangan ikut suka hati atau keras kepala.
7. Jangan berhenti dari melibatkan diri dengan bahasa Arab.
Sahabatku, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya saya sudah sampaikannya menerusi 4 buah buku saya itu. Bukan nak promosi buku, tapi apa sahaja yang saya tulis di sini maka banyak lagi yg saya tulis dalam buku-buku itu.
………………………………………………………………….
Atau NAK JALAN PINTAS ?
Sertai Kelas Bahasa Arab Online ALJAHIZ.
Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut tentang kelas ini: