Mei 16, 2024
Maksud ‘al-Murakkab’ dalam takrif al-Kalam | Ilmu Nahu
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Murakkab isnadiyy (Arab: المُرَكَّب الإِسْنَادِيّ) ialah gabungan dua unit teras, iaitu subjek dan predikat bertujuan membentuk satu ayat yang lengkap.

Perkara ini perlu dijelaskan agar pembaca tidak terkeliru dengan susunan-susunan lain seperti murakkab wasfiyy, murakkab idafiyy dan murakkab mazjiyy.

Walaupun kesemua murakkab ini adalah perihal menggabungkan sesuatu lafaz dengan sesuatu lafaz yang lain, namun murakkab tersebut tidak akan membentuk satu ayat yang lengkap. Hal ini kerana, semua murakkab ini masih di peringkat binaan kata. Satu-satunya murakkab yang berada di peringkat binaan ayat ialah murakkab isnadiyy. Justeru, maksud murakkab dalam perbahasan al-kalam ialah murakkab isnadiyy.

Petikan dari buku ‘Huraian Matan al-Ajurrumiyyah’ hal 3

Klik pautan berikut untuk melihat buku-buku terbitan Alasfiyaa: aljahiz.my/buku

Kongsikan Artikel Ini: