Mei 21, 2023
Manfaatkan Ayat-Ayat Contoh
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Saya percaya ayat-ayat contoh meninggalkan kesan yang sangat besar kepada pembaca. Oleh sebab itu dalam buku-buku tulisan saya, saya sedaya upaya berusaha untuk memperbagaikan perkataan yang digunakan dalam setiap ayat contoh. Misalnya buku huraian matan al-Ajurrumiyyah (seperti dalam gambar), di situ saya memuatkan lebih dari 3000 ayat contoh. Dalam setiap ayat, saya berusaha mengemukakan mufradat yang baharu.

Dari ayat-ayat contoh yang diberikan, pembaca dengan tersendiri akan terdedah kepada mufradat baru yang bersifat semasa dan praktikal.

Pembelajaran bahasa kita tidak sepatutnya tertumpu pada kaedah sahaja. Sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembendaharaan kata.

Kongsikan Artikel Ini: