Sahabat-sahabat penuntut ilmu, mari kita hayati kata-kata Abu Ishaq al-Albiri rahimahulllah.
لَئِنْ رَفَعَ الغَنِيُّ لِوَاءَ مَالٍ # لَأنْتَ لِوَاءَ عِلْمِكَ رَفَعْتَا
لَئِنْ جَلَسَ الغَنِيُّ على الحَشَايَا # لَأنتَ على الكَواكِبِ قَدْ جَلَسْتَ
“Andai orang kaya menjulang panji harta, sesungguhnya engkau menjulang panji ilmumu.”
“Andai orang kaya duduk di atas permaidani, sesungguhnya engkau pula duduk di atas bintang-bintang.”
Sebentar ! Jangan menuding wahai sahabat,
Tidak ada apa yang salah dengan orang kaya tapi yang salahnya adalah kamu kerana kamu sendiri tidak menghargai ilmumu. Tidak ada apa yang salah dengan kekayaan wahai sahabat, tapi yang salah adalah kamu kerana kamu bersungguh-sungguh, berhempas pulas siang dan malam menjual agamamu hanya kerana ingin menjadi kaya.
Tidak salah menjadi kaya wahai sahabat asalkan kamu sedar betapa tingginya nilai ilmu dan sesekali tidak menjualnya.
Jangan menuding wahai sahabat,
Lihat pada diri sendiri. Semua orang faham erti “jual agama”. Simpanlah untuk panduan diri sendiri.