Kelebihan yang tiada tolak bandingnya bagi seseorang penuntut bahasa Arab adalah mereka berada di negara Arab ketika mempelajarinya.
Jadi buat sahabat-sahabat yang berada di sana ketika ini, gunalah kesempatan ini sebaik mungkin. Libatkan diri dengan apa sahaja yang boleh meningkatkan kemahiran bahasa Arab anda. Misalnya menonton tv, banyak berborak dengan rakan sekelas, banyak bertanya, kerap membuat latihan menulis dan minta supaya disemak.
1. Menonton TV
Pilih rancangan yang menarik. Misalnya drama bersiri. Kelebihan menonton drama bersiri ialah anda akan akan sentiasa tertunggu2 episod seterusnya.
2. Banyak berborak dengan rakan sekelas
Itulah yang paling mudah dan selamat berbanding rakan jalanan yang anda tidak tahu latar belakangnya.
3. Banyak bertanya
Menjadikan anda seorang yang akan mempelajari segala-galanya tanpa disekat oleh perasaan ego atau malu.
4. Kerap membuat latihan menulis dan minta disemak
Menjadikan anda seorang pengguna bahasa Arab yang baik. Dapat menghilangkan pengaruh bahasa ibunda dengan cepat dan berkesan. Membiasa penggunaan ayat yang sebelum ini mungkin anda tidak pernah menggunakannya. Tapi ingat, bila anda minta supaya tulisan disemak, pastikan yang anda akan berasa sangat gembira apabila tulisan anda banyak diperbetulkan. Jika sebaliknya, maka orang yang rugi adalah anda sendiri.