تَحْتَ أَمْرِكَ
Secara literalnya ungkapan ini bermaksud:
“Di bawah arahan kamu”.
Maksudnya saya bersedia untuk menghulurkan bantuan / arahkan saja saya sedia membantu / arahan diterima / menurut arahan / saya Tuan ! / dll.
أَهْلًا وَسَهْلًا تَحْتَ أَمْرِكَ
“Saya sedia membantu.”
أَهْلًا وَسَهْلًا أَنا تَحْتَ أَمْرِكَ فِي أَيِّ وَقْتٍ
“Saya sedia membantu pada bila-bila masa saja”.
Jawapan balas:
الله يُكْرِمُكَ
أو
أَكْرَمَكَ اللّٰه