Resipi (وَصْفَة) untuk masak kambing. Ada dua cara :
Cara (a) :
1. Rendam (نَقْع) beras basmathi (بسمتي) sekurang-kurangnya sejam. Kalau nak beras panjang n gemuk kat Malaysia ni, cari beras basmathi Jasmine yang dah steamed atau parboiled.
2. Panaskan air dalam pressure cooker (قِدْر الضَّغْط). Air tu tak perlu banyak sangat. Kemudian masukkan :
– Daging kambing (لحْم خَرُوف / ضَانِي). Beza tu saya tak nak cerita sekarang.
– Bawang holland (بَصَل هُولَنْدِي). Potong macam mana tak apa, ikut suka (بِكَيْفَكْ). Boleh potong dadu (مُكَعَّبَات) atau sliced (شَرَائِح).
– Bawang putih (ثُوم), bunga lawang (نَجْمَة), kulit kayu manis (قِرْفَة), bunga cengkeh (قَرَنْفُل), buah pelaga (هِيل), lada hitam (فِلْفِل أسْوَد), daun bay (وَرَقْ غَار), tomato (طَماطم ج طِمْطِم atau بَنْدُورة) dan 2 biji limau nipis kering (لُومِي / ليمون مُجَفَّف).
– Serbuk jintan manus (كَمُّون), sedikit serbuk ketumbar (كُزْبَرَة), garam (مِلْح) dan dua sudut cuka (خَلّ) atau apa-apa yang masam lah.
3. Ambil semua bahan di atas dan masukkan sahaja dalam periuk yang sedang menidih tu. Dalam 25 min dah masak dah insyaAllah.
4. Masak nasi pulak.
Pindahkan air rebusan kambing tadi ke dalam periuk nak masak nasi. Tambah garam (مِلْح) bagi betul-betul masin. Sebab lepas masuk beras nanti, masinnya akan berkurangan. Masukkan juga dua sudu minyak sapi.
Jika nak mudah, masak nasi dalam periuk elektrik guna air rebusan tadi.
5. Bila nasi sudah masak, biar dia kering dulu lebih kurang 15 min. Kalau tak buat macam ni, beras nanti patah masa kita senduk atau dia melekat-lekat.
Cara (b) :
Guna semua bahan yang sama, tapi kena tumis dengan minyak zaitun (زيت زيتون) dicampur minyak sapi (سِمن بَلَدِي). Tumis dulu sebelum masukkan air.
6. Hasil (a) dan (b) lebih kurang sahaja. 😃 Kalau nak kuah masam dan merah, letak tomato puri masa rebus (سَلْق) kambing tadi. Kalau nak kuning, masukkan kunyit (كُركُم).
7. Kalau nak daging tu kering, masukkan dalam ketuhar (الفُرْن) lepas rebut.
8. Cara buat sambal. Sangat mudah. Ambil batang dan akar daun ketumbar, tomato, cabai dan sedikit garam. Kisar semua tu di dalam blander (خَلَّاط). Siap.
9. Nak buat سَلَطَة? Mudah sahaja. Potong dadu timun jepun (خِيار يابَاني), potong dadu tomato, garam, daun ketumbar dan sedikit batang ketumbar tu. Masukkan dalam bekas n perah limau nipis atau lemon. Siap.
10. Lebihan daun ketumbar tu, potong-potong n hias. Lemon pun daripada nak simpan dan akhirnya dibuanh, lebih baik hiris dan buat hiasan.
(Gambar di atas saya letak tomato puri. Sebab tu nampak merah.)