November 23, 2023
Nota Ayat Bahasa Arab | Pembuka ayat pernyataan rasa gembira
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Pembuka ayat pernyataan rasa gembira untuk sesuatu keadaan, tindakan atau kejadian dalam ucapan.

يَسُرُّني أن / يَطيب لي أن / إنه لَمِنْ دواعي سُروري أن / لا شيْءَ يَبعث في نفسي السرورَ سِوَى أن / الشي الوحيد الذي يُدْخِل في السُرورَ في نفسي هو أن / إنه من دواعي الغِبْطة والسرور أن / يُسْعِدني أن / إنه لمن دواعي السرور والسعادة

Semua frasa di atas digunakan untuk menggambarkan perasaan gembira yang dirasai penutur ekoran sesuatu kejadian, tindakan atau keadaan.

Cara menggunanya adalah dengan meletakkannya di pangkal ayat penyata.

Padanannya dalam bahasa Melayu antara lainnya ialah “saya amat gembira dapat …. / tidak ada yang lebih menggembirakan daripada …. dll. (eng. I am very glad to… / It gives me much pleasure to…)

𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡 𝐀𝐲𝐚𝐭:

 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘵 𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢-𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪.

إنه لمن دواعي السرور أن أكون معكم في هذا اللقاء المبارك.

[ Maksud literal: 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘰𝘳𝘰𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢-𝘴𝘢𝘮𝘢….]

Kongsikan Artikel Ini: