Nota bahasa Arab | صَارَ

Isi Kandungan

Perkataan صَارَ ini banyak digunakan dalam bahasa Arab percakapan harian hari ini untuk perbagai maksud. Bergantung kepada susunannya dalam ayat. Contohnya :

صَارَ أَوْ مَا صَارَ؟

“Jadi atau tidak jadi?”

لَوْ صَارَ مَا صَارَ

“Kalau terjadi apa yang terjadi..”

مَا يَصِير

“Tidak jadi (Tidak boleh).”

صِرْتُ أَخَافُ مِنْهُ

“Aku mula takutkannya.”

صَارَ كَمَا كُنْتُ أَتَوَقَّعُهُ

“Jadi seperti yang aku jangkakan.”

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: