Frasa في الصميم digunakan untuk maksud ‘dalam /mendalam / menusuk kalbu’ dalam ayat seperti:
Wah, kata-kata kamu mendalam / (deep).
كلامُك في الصَّمِيمِ
Wah, benar-benar mendalam!
والله فِي الصَّمِيمِ
Kata-kata yang sangat mendalam.
كَلامٌ في الصميمِ والله
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk lebih jelas, bahagian berwarna kuning dalam gambar di atas itu boleh diumpamakan sebagai صميم disebabkan ia berada di bahagian paling tengah.
Nama sebenar bahagian berwarna kuning itu dalam bahasa Arab ialah:
اللُّبّ الداخلي / النَّواة الداخِليَّة