Frasa ini digunakan untuk maksud “Aku tak suka….”. Cara menggunanya adalah dengan meletakkan apa yang tidak disukai itu selepas atau sebelum frasa tersebut.
Contohnya :
ما أعْجبَني تَصَرُّفُهُ
Aku tidak suka tindakannya itu.
ما أعجَبني طريقتُهُ في التفكير
Aku tidak suka cara dia berfikir.
هل أعجَبَكَ هذا القميصُ؟
Adakah kamu suka baju ini?
لا، ما أعْجَبَني
Tidak, aku tidak suka.
Terjemahan literalnya adalah, “Tindakannya itu tidak membuatkan aku suka”, “Cara dia berfikir tidak membuatkan aku suka”, “Adakah baju ini membuatkan kamu suka?”, “Tidak dia tidak membuatkan aku suka.”