Tangan engkau yang ikat, mulut engkau yang tiup.
Diceritakan sekumpulan penduduk ingin menyeberang ke sebuah pulau. Tapi tidak ada sampan. Lalu mereka gunakan bekas air yang diperbuat daripada kulit (waterskin : Lihat gambar) sebagai pelampung.
Di tengah laut tiba-tiba seorang daripada mereka kebocoran pelampung dan lemas. Lalu dia menjerit, “Pelampung aku bocor, aku lemas!!”. Seakan-akan dia ingin salahkan rakan-rakannya atas idea guna bekas air sebagai pelampung.
Rakan-rakannya pun menjawab, “Tangan engkau yang ikat, mulut engkau yang tiup!”.
Tak usah salahkan orang lain kerana tangan engkau yang ikat tak kemas dan mulut engkau tak tiup angin secukupnya, jangan pelik kalau pelampung tenggelam.
Jadi pribahasa ini bermaksud jangan salahkan pihak lain jika diri sendiri yang puncanya. Sendiri buat sendiri tanggung. 😊😊