Nota Bahasa Arab | لا مُشْكِلَة

Isi Kandungan

1. Ayat لا مُشْكِلَة bermaksud “tidak ada masalah / no problem”. Struktur lain yang membawa maksud yang hampir sama ialah:

لَيْسَ عِنْدي مُشْكِلَة

Aku tidak ada masalah

لَيْسَ هُناكَ مُشْكِلَة

Tidak ada masalah

لا مُشْكِلَةَ لَدَيَّ

Aku tidak ada masalah

لَيْسَ فِيهِ إشْكَالٌ

Tidak ada apa-apa masalahnya padanya

لا تُوجَدُ مُشْكِلَة

Tidak ada masalah

لا إشْكالَ في ذلك

Tidak ada masalah padanya

2. Dalam dialek sesetengah negara Arab ungkapan yang membawa maksud yang sama ialah:

 مَفِيشْ مُشْكِلَةْ

(Mesir sebagai contoh)

مَافِي مُشْكِلَةْ

(Saudi sebagai contoh)

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: