Jun 23, 2024
Nota bahasa Arab | Ada apa-apa nak pesan?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Semasa nak beredar pergi ke sesuatu destinasi, biasanya orang akan akan tanya soalan ini.

تُوصِيني بشيء؟

Ada nak pesan apa-apa?

CONTOH LAIN :

أنا مُسافِر غدًا، هل توصيني بشيء؟

Saya akan berangkat esok, ada nak pesan sesuatu?

أَسْتَودِعُكَ الله، فأنا مسافر إلى كوالا لمبور غدا ثم إلى جوهور

Moga Allah menjaga kamu. [Saya simpan kamu dalam jagaan Allah swt] Saya akan pergi ke KL esok dan kemudian ke Johor.

Jawapannya subjektif lah. Kalau betul-betul nak pesan sesuatu, boleh cakap waktu tu. Kalau tak nak apa-apa, cakap sahaja سلامَتَك (nak engkau selamat sahaja).

Contoh lain, saya nak keluar ke kedai. Saya akan tanya rakan serumah saya, توصيني بشيء (Nak pesan sesuatu?)

Atau soalan ini juga boleh digunakan untuk minta nasihat daripada seseorang yang lebih tua atau berilmu.

Kongsikan Artikel Ini: