Februari 27, 2025
Nota bahasa Arab | Bagaimana nak cakap “Noted” dalam bahasa Arab?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Dalam bahasa Arab kita cakap عُلِم “ulim”. Jangan guna مَعْلُوم !

Tidak perlu dibahaskan apa salahnya guna isim maf’ul معلوم berbanding fiil madhi mabni lil majhul عُلِم. Perbahasan sekarang adalah apakah yang digunakan oleh kebanyakan orang Arab.

Jika 30 tahun lagi misalnya kebanyakan orang Arab guna معلوم, waktu itu gunalah مَعْلُوم. Buat masa sekarang jika nak tulis noted dalam bahasa Arab, tulis عُلِم.

Cara orang Arab menyatakan maksud yang hampir sama dengan “noted” banyak. Dalam hantaran-hantaran yang lain saya telah banyak kongsikan. Dalam posting ini saya nak tumpu pada terjemahan literal “noted” sahaja.

Kongsikan Artikel Ini: