Nota Bahasa Arab | Jemput orang makan

Isi Kandungan

تَفَضَّلْ مَعَنا

Tafaddal ma’ana

Terjemahan literalnya ialah “Silakan dengan kami”. Lebih kurang macam kita cakap, “Jom join kami”. Orang Kedah kata “Mai, mai”.

Jawapan balas ialah:

بِسْمِ الله

“Bismillah”.

Macam kita cakap “sila, sila”. Fasa بسم الله ini juga boleh digunakan untuk mengajak.

Antara jawapannya lagi ialah بالعَافِيَة / بالهَناء والشِّفاء / صِحَّتَيْن dan lain-lain.

SOALAN:

Ketika anda berada di negara Arab dulu atau sekarang, apakah makanan setempat kegemaran anda?

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: