Antara fungsi maf’ul mutlaq ialah sebagai penentu maksud sesuatu fi‘il yang mempunyai lebih daripada satu makna.
Contohnya fi‘il رَأَى يَرَى. Fi‘il ini boleh membawa beberapa maksud, antaranya melihat dengan mata, berpandangan (pendapat) dan melihat dalam mimpi.
Perbezaan antara ketiga-tiga makna ini terletak pada masdarnya. Jika maksudnya melihat dengan mata, masdarnya ialah رُؤْيَة. Jika membawa makna berpandangan atau berpendapat, masdarnya ialah رَأْي. Jika merujuk kepada melihat dalam mimpi, masdarnya ialah رُؤْيَا.
Sekiranya dikhuatiri pendengar atau pembaca tidak dapat membezakan maksud yang dikehendaki, maka salah satu daripada masdar tersebut didatangkan sebagai maf’ul mutlaq bagi menjelaskan maksud fi‘il. Contohnya:
رَأَيْتُ رُؤْيَةً
Saya lihat
رَأَيْتُ رَأْيًا
Saya berpandangan
رَأَيْتُ رُؤْيَا
Saya bermimpi