1. Takbir (تكبِير) : Menyebut الله أكبَر
2. Ihram (إحْرَام) : Mengharamkan. Misalnya sebelum solat makan cakap halal, tapi sebaik sahaja angkat takbir semua itu sudah menjadi haram.
3. Qiyam (قِيَام) : berdiri
4. Iftitah (افْتِتَاح) : pembukaan. Doa iftitah adalah doa pembuka kepada ucapan-ucapan seterusnya dalam solat.
5. Ruku’ (رُكُوع) : membongkok. Tertakluk kepada syarat-syarat yang diperincikan dalam fekah.
6. I’tidal (اعتِدال) : menegak setelah membongkok, lurus.
7. Sujud (سُجُود) : menyentuh lantai dengan dahi. Tertakluk kepada rukun-rukun sujud yang diperincikan dalam fekah.
8. Tahiyyat (تَحِيَّات) : ungkapan atau tindakan membesarkan dan mengagungkan Allah s.w.t. Pengertian fekah mesti dirujuk dalam kitab fekah.
9. Tasyahud (تَشَهُّد) : mengungkapkan أَشْهَدُ ألا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله.
10. Awwal (أَوَّل) : yang pertama.
11. Akhir (أَخِير) : yang terakhir
12.Taslimah (تَسْليمَة) : mengucapkan السلام عليكم.
13. Tasbih (تَسْبِيح) : mengucapkan سُبْحان الله
14. Tahmid (تحمِيد) : mengucapkan الحمد لله
15. Tahlil (تَهْليل) : mengucapkan لا إله إلا الله