Mei 28, 2024
Nota bahasa Arab | Maksud perkataan حَول dan قُوَّة
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Dua perkataan ini sering kita baca dalam zikir لا حَولَ ولا قُوَّةَ إلا بالله. Maksud zikir di atas ialah “tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt.”

2. Kata Abu Hilal al-‘Askari di dalam الفروق, “Maksud لا حول ولا قوة adalah tidak ada daya untuk mengelak daripada perbuatan menderhaki Allah swt dan tidak ada kekuatan untuk melakukan ketaatan terhadapNya MELAINKAN dengan meminta pertolongan daripadaNya dan taufiq perkenaanNya.

Kesimpulannya perkataan حَول adalah kekuatan menolak kemaksiatan dan قوة pula kekuatan menghasilkan ketaatan. Ini adalah salah satu huraian para ulama terhadap dua lafaz ini.

3. Zikir ini mengandungi pengajaran penting, iaitu betapa seorang hamba memerlukan Allah swt dalam meninggalkan kemaksiatan dan melakukan ketaatan pun kita perlu minta daripada Allah swt. Dengan kesedaran ini, seseorang hamba akan bebas daripada sikap ujub, riyak, berbangga dengan amal ibadat yang dilakukannya.

Kongsikan Artikel Ini: