Nota Bahasa Arab | Mari sini !

Isi Kandungan

تَعالَ

Digunakan untuk memanggil seorang supaya datang kepada kita. Kalau perempuan تَعَالَيْ.

Kalau nak ajak seseorang supaya turut melakukan apa yang kita sedang buat, kita tambah مَعِي. Contohnya:

تَعالَ مَعِي

Jom ikut aku / jom sertai aku.

Misalnya kita nak ajar seseorang ikut kita pergi ke sesuatu tempat. Kita kata تَعالَ مَعِي. Kita sedang makan dan nak ajak dia ikut serta, kita boleh kata تعالَ مَعِي.

Nak panggil orang supaya datang dekat kita, تعالَ عِنْدِي. Contohnya, “Datang dekat aku di pejabat esok!”

تَعالَ عِندي في المكتَب غَدًا

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: