تَعَالَ عِنْدِي حَيَّاكَ اللهُ
Marilah dekat aku, hayyakallah.
Frasa حياك الله dijelaskan oleh para ilmuan dengan beberapa maksud. Antaranya Allah swt alu-alukan kamu, Allah kekalkan kehidupan kamu dan lain-lain. Semuanya berkisar tentang doa baik.
Jawapan balasnya adalah أَبْقَاكَ الله memandangkan antara maksud حياك الله adalah أبقاك الله حيًّا (Moga Allah kekalkan kamu dalam keadaan hidup).
Kesimpulannya bila kita nak ajak orang bertandang ke rumah, kita boleh lah kata contohnya:
مَاذَا عِنْدَكَ بَعد الصلاةِ؟
“Engkau ada apa?” (Ini untuk tanya kalau-kalau seseorang tu ada sebarang perancangan lain)
ما عِنْدِي شيء
“Tak ada apa-apa.”
تَعالَ عِنْدي في البَيْتِ حَيَّاكَ اللهُ
“Datanglah rumah aku.”
Jawapan balasnya أَبْقَاكَ الله. Jika diucap الله يُحَيِّيكَ maka ucapan balasnya الله يُبْقِيكَ.