Lafaz أَمْسِ bermaksud “semalam (hari sebelum hari ini). Cara bacanya adalah أَمْسِ dengan baris kasrah tanpa tanwin. Jangan baca أمسٍ (amsin) dengan tanwin.
Kata Ibn Malik dalam Alfiyyah :
ومنه ذو فتح وذو كسر وضم # كأينَ أمسِ حيثُ والساكن كم
Contoh ayat :
وَصلتُ أَمْسِ
“Saya sampai semalam.”
Dari segi i’rab, statusnya adalah zorof zaman mabni dengan baris kasrah. Kedudukannya adalah di tempat mansub.
أمس : ظرف زمان مبني على الكسر، في محل نَصْبٍ على الظرفية
Adapun perbahasan tentang lafaz أمسٍ yang datang bertanwin, sebagaimana dijelaskan oleh para ulama seperti Sibawaih dalam al-Kitab dan dihuraikan secara halus oleh al-Sirafi dalam Syarh al-Kitab, hal itu tidak ada hubungan dengan penggunaan kita dalam pertuturan harian.