Nota Bahasa Arab | Perkataan عَرَبِيَّة di Mesir bermaksud kereta

Isi Kandungan

Jangan keliru jika anda berada di Mesir dan terdengar seseorang berkata,

رَاكِنْ عَرَبِيَّتَكْ فِين؟؟

Jangan keliru dengan perkataan عَرَبِيَّة di situ. Maksud mereka adalah “kereta”, bukan bahasa Arab. Orang Arab panggil kereta عَرَبِيَّة.

Disebabkan perkataan عَرَبِيَّة di Mesir sangat sinonim dengan kereta, maka apabila nak merujuk kepada Bahasa Arab mereka akan sebut العَربِيّ. Contohnya:

كَلِّمْني بالعَرَبِيّ

Cakap dengan aku dalam Bahasa Arab.

Atau mereka terus sebut اللغة العربية.

Ayat راكن عربيتك فين bermaksud “Engkau parking kereta engkau di mana?”

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: