Nota Nahu | Isim isyarah datang dengan makna isim mausul

Isi Kandungan

1. Firman Allah swt :

 ثُمَّ أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ – البقرة : 85

Kata sebahagian ulama, Perkataan هَؤلاء dalam ayat di atas bermaksud الَّذِين. Maknanya adalah “Kemudian kamulah yang saling berbunuhan sesama sendiri..”.

Menurut majoriti pula perkataan هؤلاء dalam ayat itu kekal dengan maksud asalnya, iaitu isim isyarah. Isim isyarah itu di’rab sebagai munada, iaitu يَا هؤلاء. Jadi terjemahannya adalah “Kemudian kamu, wahai kalian, saling berbunuhan sesama sendiri..”.

2. Firman Allah swt :

 وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ – طه : 17

Menurut sebahagian ulama Nahu aliran Kufah, kalimah تِلك dalam ayat di atas membawa maksud التي. Maksudnya “Apakah yang berada di tangan kanan kamu itu wahai Musa?”

Tapi majoritu ulama Nahu bepandangan bahawa isin isyarah تِلْك dalam ayat itu kekal dengan maksud isim isyarat dan kedudukan i’rabnya adalah khabar kepada ما. Atas perkiraan ini maka terjemahan ayat di atas adalah, “Apakah itu? Di tangan kananmu itu wahai Musa.”

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: