Nota Nahu | Nama para al-Anbiya’ a.s yang boleh ditanwinkan

Isi Kandungan

1. Semua nabi-nabi yang disebut di dalam al-Quran tidak boleh ditanwinkan atau diletakkan baris kasrah kecuali enam, iaitu :

صَالِح، نُوح، شُعَيْب، مُحَمَّد، لُوط، هُود

Nabi Soleh a.s, Nuh a.s, Syuaib a.s, Muhammad s.a.w, Lut a.s dan Hud a.s.

2. Dalam ilmu Nahu dipanggil مَمْنُوع مِنَ الصَّرْف (tidak boleh ditanwinkan). Maksudnya semua nama para anbiya adalah mamnu’ min sorf kecuali lima yang disebut di atas. Untuk mudah ingat, para ulamak kumpulkannya dalam ayat berikut :

صُنْ شَمْلَهُ

Huruf ص untuk صالح, huruf ن untuk نوح, huruf ش untuk شعيب, huruf م untuk محمد, huruf ل untuk لُوط dan huruf ه untuk هُود.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: