Biasanya jika isim mufrad berbentuk فُعْلَة jamak taksirnya berbentuk فُعَل. Contohnya غُرْفَة (bilik) jamaknya غُرَف. Lihat contoh-contoh berikut:
(lubang) حُفْرَة ج حُفَر
(suntikan)حُقْنَة ج حُقَن
(barangan antik)تُحْفَة ج تُحَف
(mutiara) دُرَّة ج دُرَر
(pusat) سُرَّة ج سُرَر
(surah) سُورة ج سُوَر
Selain dari wazan فُعَل ini kalimah-kalimah di atas turut mempunyai jamak bentuk lain. Semuanya boleh dirujuk di dalam kamus.
Sama juga dengan فِعْلَة di mana jamaknya adalah فِعَل. Contohnya:
(nikmat)نِعْمَة ج نِعَم
(kecacatan)عِلَّة ج عِلَل