Kedua-dua perkataan ini diterjemahkan sebagai “cuba”. Kita tahu bahawa perkataan “cuba” memberi beberapa maksud. Antaranya ialah:
(a) Prihal melakukan suatu perkara baharu yang belum pernah dilakukan. Contoh dalam ayat : “Saya ingin cuba menulis dengan tangan kiri.”
(b) Prihal menggandakan tenaga atau berusaha melakukan sesuatu yang dirasakan sukar. Contoh dalam ayat : “Saya cuba meyakinkannya”.
Perkataan “cuba (a)” ialah padanan kepada جرّب. Manakala “cuba (b)” pula ialah حاول. Jadi terjemahan ayat pertama ialah أريد أن أجرب الكتابة باليد اليسرى sementara ayat kedua diterjemahkan sebagai حاولت أن أُقْنِعه
Kalau nak suruh orang rasa atau mencuba masakan kita, kita kata جرِّبْ kerana pada kita dia belum pernah melakukannya. Tapi jika kita lihat seseorang yang lemah tidak berdaya untuk berjalan, tapi kita mahu dia gandakan tenaganya atau berusaha untuk berjalan, maka ketika ini kita guna حاول. Misalnya حاوِل أن تمشي.
Kalau kita kata جرب أن تمشي maka ia menggambarkan orang itu tidak pernah berjalan sebelum ini dan perbuatan berjalan itu adalah benda baharu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Soalnya bukan salah atau betul, tapi apakah yang ingin dikatakan. Cuna (a) atau cuba (b). Kalau (a) maka kita guna جرّب dan kalau (b) kita guna حاول.