Mei 5, 2023
Penggunaan إِذَنْ ( jadi, habis tu..)
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Habis tu kenapa?

لِمَاذا إِذَنْ؟

2. Habis tu apa?

ماذا إِذَنْ؟

3. Jadi kamu penipu.

إِذَنْ أنتَ كاذِب.

KETERANGAN LANJUTAN

Perkataan إِذَنْ boleh juga ditulis dengan إِذًا (bertanwin). Kedua-duanya sama sahaja dari sudut makna dan fungsi. Tapi sebahagian pengkaji Nahu mengatakan tulisan sepatutnya adalah إذنْ, bukan إذًا. Di satu pihak yang lain pula berpandangan tulisannya haruslah bertanwin, iaitu إذًا, bukan إِذَنْ.

Kemudian muncul pula pendapat mengatakan bahawa jika ia membawa fungsi i’rab maka ia ditulis dengan nun, إِذَنْ. Tapi jika sebaliknya, yakni tidak membawa fungsi i’rab, ia ditulis إِذًا.

Kesimpulannya ialah kita boleh memilih sama ada ingin menulis إٍذَنْ ataupun إِذًا.

Kongsikan Artikel Ini: