Di musim perayaan kita sering terjumpa dengan ungkapan المناسبة yang bermaksud “sempena”. Misalnya بمناسَبة عيد الفطر “sempena hari raya I’dul Fitri.. “. Tapi selain itu ia juga boleh digunakan untuk maksud-maksud berikut :
- Merujuk kepada apa yang terjadi, …
بالمناسَبة سأحكي لك قصة الرجل
Merujuk kepada apa yang terjadi, saya akan ceritakan kisah lelaki itu kepada kamu.
- Kebetulan,
بالمناسبة كنتُ حينها في الخارج
Kebetulan waktu itu saya berada di luar
- Untuk maklumat / untuk pengetahuan kamu, …
بالمناسَبة أنا لستُ مريضا
P/s : Digunakan untuk menyatakan sesuatu fakta yang mempunyai hubungan rapat dengan topik yang sedang diperkatakan, tapi kemungkinan besar ia tidak terlintas langsung di fikiran pendengar. Penggunaannya untuk maksud ini boleh dikatakan paling kerap digunakan. Contoh lain :
بالمناسبة ليس بيني وبينه أي عَداوَة
Untuk pengetahuan kamu, tidak ada sebarang permusuhan di antara aku dan dia.
بالمناسبة كل ما يكتبه الإنسان لا يُمَثِّل بالضرورة شخصيتَه
Untuk maklumat, setiap apa yang ditulis seseorang tidak semestinya melambangkan keperibadiannya.