Lihat ayat contoh di bawah.
أَخْبِرْنِي إذا وَصَلْتَ
1. Beritahu aku apabila kamu sampai nanti.
أَخْبِرْني إنْ وَصَلْتَ
2. Beritahu aku jika kamu sampai nanti.
PENERANGAN :
Partikel إذا digunakan untuk menandai masa berlakunya sesuatu tindakan, perbuatan atau kejadian, manakala partikel إنْ pula menandai kemungkinan sama ada berlaku atau sebaliknya.
Partikel إذا diterjemahkan sebagai “apabila” atau sebarang terjemahan yang sesuai, sementara إنْ pula diterjemahkan sebagai “jika” atau lain-lain terjemahan yang memenuhi maksud di atas.
Partikel إذا digunakan apabila penutur merasakan atau yakin bahawa sesuatu tindakan itu pasti berlaku, namun tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Partikel إنْ pula digunakan apabila penutur tidak pasti sama ada ia akan berlaku atau tidak.
Penekanan إذا adalah soal masa dan penekanan إنْ pula adalah soal kejadian itu sendiri. Dalam Nahu, إذا dipanggil ظرفية شرطية manakala إنْ dipanggil شرطية sahaja.
Dengan memahami perkara ini, maka kita akan lebih memahami ayat-ayat al-Quran seperti إذا قمتم إلى الصلاة, إن جاءكم فاسق بنبأ dan ayat-ayat seperti إذا جاء نصر الله والفتح, إذا زلزلت الأرض زلزالها dan lain-lain.