Perkataan حَرِصَ عَلَى

Isi Kandungan

Perkataan ini digunakan untuk menunjukkan :

1- Keinginan yang kuat terhadap atau untuk melakukan sesuatu ; “sangat inginkan, mendambakan, berusaha.”

حَرِصَ صَدِيقِي عَلَى الزَّوَاجِ مِنْ تِلْكِ الفَتَاةِ

Kawan saya ingin sangat berkahwin dengan gadis itu.

وَالِدِي حَرِيصٌ عَلَى أَنْ أُوَاصِلَ دِرَاسَتِي فِي مِصْرَ

Ayahku berhasrat agar aku menyambung pengajianku di Mesir.

كُلُّ أَبٍ يَحْرِصُ عَلَى سَعَادَةِ أُوْلَادِهِ

Setiap ayah mendambakan kebahagian anak-anaknya.

رَأْيْتُهُ يَحْرِصُ عَلَى إِخْفَاءِ خَجَلِهِ

Aku lihat lelaki itu berusaha menyembunyikan rasa malunya itu.

2- Prihal mengambil berat terhadap sesuatu ; “menitikberatkan, mementingkan.”

حَرِصَ الرَّجُلُ عَلَى حُضُورِ صَلَاةِ الجَمَاعَةِ

Lelaki itu sangat menitikberatkan solat berjemaah.

3- Tindakan yang dilakukan dengan kerap, banyak dan berulang-ulang ; “gemar, rajin.”

حَرِصَ الرَّجُلُ عَلَى نَفْعِ النَّاسِ

Lelaki itu gemar menolong orang.

احْرِصْ عَلَى هَذَا الذِّكْرِ

Rajinlah beramal dengan zikir ini.

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: